Monday, September 5, 2016

2 Perkara Kritikal Yang Wanita Perlu Tahu Mengenai Kereta



Air di dalam tangki radiator

Buka hud kereta. Selalunya suis penarik (pembuka) hud ada di bawah “dashboard“ di sebelah pemandu.

Periksa sebelum kereta dihidupkan, kalau tidak melecur tangan nanti. Pastikan air yang cukup. Jika tidak, tambah saja dengan air mineral coolant yang berkualiti(cegah karat).

Sekiranya anda biasa menghantar kereta untuk servis, pemeriksaan air radiator adalah perkara asas yang mesti dibuat. Walaupun begitu, anda juga mesti tahu untuk memeriksa sendiri, “in case” ada kebocoran yang menyebabkan air radiator kekurangan. Elok dilakukan pemeriksaan air radiator ini sekurang-kurangnya seminggu sekali.


Tayar

Anda tahu menukar tayar? Walaupun anda mungkin tidak perlu menukar tayar sendiri kerana ada kad AAM atau sentiasa ada suami atau kawan-kawan yang boleh membantu, adalah baik sekiranya anda sendiri tahu bagaimana menukar tayar.

Juga pastikan tekanan tayar yang betul untuk tayar kereta anda. Pelajarilah bagaimana memeriksa tekanan tayar dan bagaimana mengepam tayar bila perlu.

Mengetahui perkara asas mengenai kereta sebegini boleh membuatkan seseorang wanita merasa lebih yakin dan merasa lebih selamat apabila memandu.

No comments:

Post a Comment